WhatsApp Image 2017-07-25 at 19.43.11KOTA TINGGI 28 Julai @MEDIAKOTA – Nama Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi kini menjadi sebutan sebaik diumumkan sebagai pemenang Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) 2017 sempena Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 yang diadakan di Dataran Putrajaya, di sini baru-baru ini.

Kejayaan kawasan tanah rancangan seluas 103 hektar yang terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar Kota Tinggi itu adalah hasil kesepakatan penduduk dengan kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak termasuk pengurusan Felda dan ketua peneroka serta pemimpim masyarakat di Felda tersebut.

Dihuni kira-kira 371 peneroka sejak mula dibuka pada tahun 1986 dan 1987, kerja-kerja memperindah dan menceriakan perkampungan tersebut dilakukan secara gotong-royong oleh seramai lebih 2,806 penduduk sejak enam tahun lalu (2011).

MOHAMMAD BAKAR (2)

MOHAMMAD BAKAR

Ketua Peneroka, Mohammad Bakar, 65, menyifatkan penat lelah yang diusahakan itu berbaloi apabila disenarai dan dicalonkan menyertai pertandingan Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) tahun ini seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai RM1 juta.

“Alhamdulillah, kejayaan ini ialah hasil usaha bersama, kami melakukan beberapa inovasi dan tranformasi secara berterusan untuk menambahkan keceriaan di Felda Lok Heng Selatan.

“Sebelum ini kami hanya berjaya tersenarai di peringkat akhir sebanyak tiga kali. Akhirya usaha kami berhasil dan memperolehi kejayaan pada tahun ini dan yang paling manis kejayaan kami diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri.” katanya yang ditemui di sini.

LHS 2 (2)Menurut Mohammad, pada keseluruhannya, Felda Lok Heng Selatan terletak di dalam satu gugusan bersama Felda Lok Heng Barat dan Felda Lok Heng Timur yang lengkap dengan kemudahan asas termasuk sekolah menengah, rendah, tadika, masjid dan surau, balai polis serta sistem jalan raya dan perparitan yang teratur.

“Bukan sahaja dilengkapi prasarana yang sempurna malah keindahan landskap malah kesepakatan dan keakraban para penduduk juga yang menambah keceriaan perkampungan tersebut.

“Permuafakatan yang diamalkan penduduk selama ini juga menjadi kunci kejayaan Felda Loh Heng Selatan,” katanya.

Mengenai persiapan sempena AKKF, Mohammad menyatakan usaha berterusan telah dilakukan dari semasa ke semasa sejak enam tahun lalu dengan para peneroka dan penduduk sanggup berkorban wang, masa dan kudrat bagi mencantik dan mengindahkan kampung ini.

This slideshow requires JavaScript.

Lensa Fz 1

Advertisements